Rabu, 13 April 2011

7 Punca Sakit Kepala   

 
Menurut apa yang saya faham, sakit kepala ni berpunca dari sel-sel saraf dalam badan anda. Kepala anda terasa sakit apabila sel saraf ini dibangkitkan dan berlaku kerosakan pada tisu. Rasa sakit akan bertambah teruk jika semakin banyak tisu yang rosak.

Sehubungan itu, bagi mengelakkan sakit kepala anda perlulah menghindari 7 punca utamanya seperti berikut:

1. Fikiran yang bercelaru atau tak menentu.

2. Duduk bertentangan dengan cahaya terang.

3. Memakai cermin mata yang tak sesuai dari segi "power" sama ada di sebelah mata kanan atau kiri atau kedua-dua belah.  

4. Merenung atau melihat sesuatu benda dengan keadaan mata yang kabur atau kelabu.

5. Menghidap migrain, kencing manis, barah dan denggi.

6. Memakai pakaian yang kurang sesuai. Terutamanya yang agak ketat pada bahagian pinggang.

7. Memakai pewangi atau bau-bauan yang berlebihan.

Akhir sekali, sekiranya terlalu kerap mengalami sakit kepala kemungkinan besar ia adalah tanda anda mengalami barah otak. Pastikan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut sebelum terlambat.

Ahad, 10 April 2011

Rezeki Datang Dari Allah SWT   

  Department telah membuka kekosongan jawatan Supervisor Sales&Promotion Asistants..Aku telah pun menghantar surat kepada department untuk mengisi jawatan tersebut..Sudah tiba masanya aku mengambil peluang yang sekian lama aku nanti dan impikan dalam hidup aku..Setiap orang ada cita-cita dan impian..Setelah lama aku menolak dan bersikap rendah diri dalam department untuk jawatan supervisor dan sekarang sudah tibanya aku bangkit dari tidur setelah sekian lama..Dulu mungkin tidak begitu cerdik dalam menilai sesuatu..Sekarang aku mula sedar kepentingan jawatan supervisor.InsyAllah,ku mengharapkan jawatan itu dapat ku isi..
  Aku sedar di dalam department,aku bukanlah dikenali oleh pihak pengurusan.Aku tidak diberi perhatian sepenuhnya tetapi atas kemampuan diriku melaksanakan tugas dengan baik.InsyAllah pasti kelebihan ada pada diriku.Memang persaingan antara rakan2 untuk merebut jawatan itu terlalu sengit.Aku hanya redha dengan ketentuan Ilahi..Hanya jawatan supervisor ni dapatlah sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan keluarga dan diriku..Hujung tahun 2011,aku akan bertunang dan tidak lama lagi akan berkahwin.Aku perlu menambah sedikit kewangan untuk menampung perbelanjaan untuk perkahwinan..Setelah kahwin perbelanjaan semankin bertambah..Ya Allah ku memohon pertolongan Mu kali ini supaya jawatan itu dapat aku miliki..Memang rezeki dari Allah dan kena terima apa yang diberinya..Cuma kita kena berusaha gigih untuk mencapainya..Setelah lama aku berusaha gigih dalam syarikat dan inilah peluangnya yang aku perlu rebut..Aku mesti ubah hidup aku..

Selasa, 5 April 2011

Resort World Genting 
   
Casino Discovery Team (Awana Genting Highlands)
 

 Pada 4 dan 5 april 2011,pengalaman yang tidak dapat dilupakan bersama rakan2 lain  menyertai program Casino Discovery Team di Awana Genting selama 2 hari.Banyak program yang dianjurkan sama ada aktiviti lasak atau dalam kelas..program ini bukan aktiviti semata2 tapi turut diselitkan unsur nasihat untuk memberi lebih keyakinan diri.. 

selain itu dapat jumpa kawan2 baru dari department berlainan ..Part yang tidak dapat dilupakan kemudahan bilik yang amat selesa dan makanan yang sedap..selama aktiviti 2 hari ni asyik makan je
 sampai berat badan semankin naik..

Hari Pertama di Awana




Hari pertama kursus di Awana Genting..Background padang 
golf..baik punya posing.silap haribulan bola golf naik sampai   
atas kena kepala..huhuuh

Ini pula berada di bilik pada hari pertama selepas aktiviti..Time ni tunggu waktu 
untuk makan malam..Sebelum tu tangkap gambar dulu.eheheh 






























Hari kedua di Awana   

Hari kedua masa untuk aktiviti baru.Semua peserta diwajibkan memakai baju trademark Casino Discovery Team berwarna biru..Sempat lagi tangkap gambar dahulu sebelum turun..Macam biasa aktiviti plg penting iaitu makan times(breakfast) ..Macam2 makanan di Restoran Rajawali tapi last2 tak banyak juga makan..Perut tak besar nak tampung makanan..uhuuh    

 

selepas aktiviti petang pada hari kedua  sudah tiba masanya kursus tamat..Terasa sedih bila terpaksa meninggalkan kawan2 yang hanya dua hari dapat kenal..tetapi cukup puas dapat bersama kawan2 menyelesaikan misi..Selamat tinggal Awana Genting Highlands..


















Sebagai tanda penghargaan kedatangan kursus selama dua hari sudah selesai ,sijil penghargaan telah diberikan kepada kami semua..Terima kasih atas tanda penghargaan ini..Kami tidak akan melupakan pengalaman dan nasihat daripada leader team..Kami akan mendengar nasihat itu demi kebaikan bersama..  






Ahad, 3 April 2011

Kebangkitan Islam dan Akhir Zaman   

Bahagian 2

Revolusi Mesir menjadi bukti kebangkitan Islam dalam melawan dominasi barat yakni Amerika dan sekutunya.Rakyat Mesir berdemonstrasi menggulingkan pemimpin(Husni Mubarak)yang merupakan sekutu Amerika Syarikat dan Israel.Kebangkitan ini umpama kebangkitan rakyat ketika jatuhnya rejim komunis di Eropah Timur yang tertindas dalam negara polis dan cengkaman pemimpin. Malah kezaliman selama 30 tahun pemerintahan Mubarak menjemput semua golongan termasuk Liberal Sekular, Golongan Kiri dan Golongan Nassariyin. Semuanya menamakan diri mereka pro demokrasi dengan satu matlamat untuk menggulingkan Mubarak besar-besaran.  

Pada Januari lalu telah berlaku revolusi di Tunisia hingga tergulingnya pemerintahan 23 tahun rejim zalim Presiden Zine El Abidine Ben Ali. Tanpa diduga revolusi di Tunisia ini telah menular ke negara Arab yang lain dengan begitu pantas. Dari Tunisia merebak ke Mesir, mula mencuba-cuba di Sudan, Jordan dan Yaman. Sebahagian umat Islam bergembira. Inilah revolusi untuk menumbangkan rejim diktator yang menzalimi para pejuang Islam. Inilah revolusi untuk memusnahkan pemerintahan thaghut yang selama ini menjadi ‘anjing suruhan’ kepada Zionis, menutup laluan ke Palestin. Inilah revolusi menumbangkan pemimpin yang menjadi tali-barut golongan kuffar khususnya Amerika Syarikat dan Israel.Jatuhnya kerajaan diktator Ben Ali di Tunisia merupakan petanda awal ataupun boleh dikira sebagai batu loncatan yang amat baik bagi penduduk-penduduk negara Arab yang diperintah oleh kerajaan diktator. Apa yang berlaku di Tunisia dan berlanjutan ke Mesir merupakan bukti yang jelas kepada mana-mana kerajaan diktator terpaksa berdepan dengan tuntutan turun takhta dan menyerahkan sepenuhnya hak yang telah mereka cabuli kepada rakyat.  Rakyat yang setelah sekian lamanya memendam rasa benci, muak kepada pemerintahan kuku besi akhir menyuara kan rasa tidak puas hati mereka dengan melakukan himpunan suara rakyat secara besar-besaran.  

Allah berfirman dalam Surah Ali’Imran ayat ke 26 yang bermaksud;

 Katakanlah: “Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

 

Sabtu, 2 April 2011

 Kebangkitan Islam dan Akhir Zaman

Bahagian 1

Ciri utama sesuatu umat itu akan dimusnahkan ialah membelakangkan al- Quran dan Hadith. Semakin jauh kita dari al-Quran dan Hadith semakin dekat kita kepada kehancuran itu. Penyakitnya bermula dari dalam. Berpoya-poya. Rasuah. Harta negara dan wang rakyat dirompak. Meletakkan sesuatu, seseorang, institusi atau apa saja tidak kena pada tempatnya. Orang yang salah memimpin sesuatu jemaah. Orang yang bodoh dan tolol jadi pemimpin. Orang berilmu berdiam diri. Orang miskin terus melarat tiada pembelaan. Tiada suara mencegah yang mungkar dan menyuruh berbuat baik. Fitnah dan penipuan dimana mana.
Semenjak lahirnya Agama Islam oleh Nabi Muhammad saw, kini sudah nampak jelas zamannya sudah jatuh, kini kita berada pada putaran roda di bawah.

Manakan tidaknya, umat Islam dilihat tidak kuat dan tidak bersatu hati dalam berbagai hal dan keadaan sedangkan kita dituntut untuk bersatu atas nama syariat dan akidah Islam itu sendiri. Umat Islam tidak segagah umat Islam dahulu. Umat Islam di perkotak katik, dipermain-mainkan dalam ertika lain diperkudakan oleh umat lainnya. Umat Islam di zalimi dan di fitnah di mana mana seluruh dunia. Majoriti umat Islam miskin dan mundur. Malah banyak negara Islam di dunia terutama di Afrika dan Asia jauh tertinggal di belakang arus pembangunan iaitu negara mundur. Umat Islam dijadikan "kambing hitam" atas banyak angkara, sehinggakan Agama Islam di anggap "agama terorist" oleh kebanyakan penduduk dunia. Agama dan Tamadun Islam yang dahulunya gemilang kini hancur ditelan zaman. Namun janji Allah akan ada kebangkitannya.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Kebangkitan Islam dan Akhir Zaman


“...Kami pasti akan membinasakan orang-orang yang zalim itu dan Kami pasti akan menempatkan kamu di negeri-negeri itu sesudah mereka. Yang demikian itu (adalah untuk) orang-orang yang takut (akan menghadap) ke hadirat-Ku dan yang takut kepada ancaman-Ku,...” (QS Ibrahim [14]: 13-14)    
  
“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa,...” (QS An-Nuur [24]: 55) 

  "Dan (telah menjanjikan pula kemenangan-kemenangan) yang lain (atas negeri-negeri) yang kamu belum dapat menguasainya yang sungguh Allah telah menentukannya. Dan adalah Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (QS Al-Fath [48]: 21)

 Daripada petikan ayat2 suci al Quran membuktikan bahawa yang zalim pasti akan binasa dan yang perjuangkan kerana Islam pasti akan mencapai kemenangan ..Itu janji Allah SWT..