Ahad, 3 April 2011

Kebangkitan Islam dan Akhir Zaman   

Bahagian 2

Revolusi Mesir menjadi bukti kebangkitan Islam dalam melawan dominasi barat yakni Amerika dan sekutunya.Rakyat Mesir berdemonstrasi menggulingkan pemimpin(Husni Mubarak)yang merupakan sekutu Amerika Syarikat dan Israel.Kebangkitan ini umpama kebangkitan rakyat ketika jatuhnya rejim komunis di Eropah Timur yang tertindas dalam negara polis dan cengkaman pemimpin. Malah kezaliman selama 30 tahun pemerintahan Mubarak menjemput semua golongan termasuk Liberal Sekular, Golongan Kiri dan Golongan Nassariyin. Semuanya menamakan diri mereka pro demokrasi dengan satu matlamat untuk menggulingkan Mubarak besar-besaran.  

Pada Januari lalu telah berlaku revolusi di Tunisia hingga tergulingnya pemerintahan 23 tahun rejim zalim Presiden Zine El Abidine Ben Ali. Tanpa diduga revolusi di Tunisia ini telah menular ke negara Arab yang lain dengan begitu pantas. Dari Tunisia merebak ke Mesir, mula mencuba-cuba di Sudan, Jordan dan Yaman. Sebahagian umat Islam bergembira. Inilah revolusi untuk menumbangkan rejim diktator yang menzalimi para pejuang Islam. Inilah revolusi untuk memusnahkan pemerintahan thaghut yang selama ini menjadi ‘anjing suruhan’ kepada Zionis, menutup laluan ke Palestin. Inilah revolusi menumbangkan pemimpin yang menjadi tali-barut golongan kuffar khususnya Amerika Syarikat dan Israel.Jatuhnya kerajaan diktator Ben Ali di Tunisia merupakan petanda awal ataupun boleh dikira sebagai batu loncatan yang amat baik bagi penduduk-penduduk negara Arab yang diperintah oleh kerajaan diktator. Apa yang berlaku di Tunisia dan berlanjutan ke Mesir merupakan bukti yang jelas kepada mana-mana kerajaan diktator terpaksa berdepan dengan tuntutan turun takhta dan menyerahkan sepenuhnya hak yang telah mereka cabuli kepada rakyat.  Rakyat yang setelah sekian lamanya memendam rasa benci, muak kepada pemerintahan kuku besi akhir menyuara kan rasa tidak puas hati mereka dengan melakukan himpunan suara rakyat secara besar-besaran.  

Allah berfirman dalam Surah Ali’Imran ayat ke 26 yang bermaksud;

 Katakanlah: “Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan