Luahan Makhluk Yang Lemah
“Aku hanyalah seorang
hamba Allah
yang kerdil lagi hina…
aku ini serba kekurangan…
namun aku punya satu impian…
aku mahu menjadi insan yang baik…
insan yg melakukan kebaikan
supaya orang lain mendapat
manfaat darinya…
tetapi jika aku tidak mampu,
janganlah kiranya aku
berbuat kejahatan
atau kejahatan dalam kebaikan…
biarlah aku berdiam diri andai
aku masih belum bersedia…
kini aku lemah,
namun tidak pula aku mahu menjadi
lemah buat selamanya…
aku harap aku akan kuat…
dan aku mohon
biarlah aku menjadi kuat
untuk berbuat kebaikan…
dengan itu aku akan sentiasa berusaha…
Engkau sahajalah tempat
aku mengadu..
Engkau lah teman yang
benar-benar setia bersamaku
ya Allah…
setiap masa dan setiap ketika,
tidak pernah walau sedetik pun
Engkau tinggalkan aku…
ya Allah…
redhailah daku selama
aku bernafas di dunia ini…”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan